CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, February 27, 2014

Men are from Mars and women are from Venus!

Men are from Mars... women are from Venus...
Quote yg cukup famous..
Lebih kurang menerangkan lelaki dan perempuan datang dari dua planet yg berbeza... cukup berbeza... namun dgn adanya bertolak ansur dan cuba saling memahami.. tiada pelanggaran yg akan berlaku..
Lelaki mempunyai keinginan utk rasa diperlukan dan dihormati..malah ada yg ingin memimpin segalanya. Naluri mereka ingin agar wanita tunduk pada mereka..
Wanita sebenarnya ingin difahami..dikasihi dan disedari kewujudan mereka..
Lelaki begitu berfikiran tipikal terhadap wanita
Bagi mereka wanita akan puas jika diberi kebendaan dan pujian..
Wahai lelaki bukan itu intipati kehendak sebenar seorang wanita..wanita ingin dicintai dan dihargai..
Percayalah andai lelaki dpt mencari jalan utk mencintai dan menghargai wanita dgn betul...sejahat, setamak, seangkuh mana pun seorang wanita itu..pasti dia akan tunduk menyerah..
Wanita tidak akan memberi ekspresi sebenar mereka.. mereka lebih suka lelaki mencari dan menekanya sendiri..
Tapi kebanyakannya krn pegangan itu wanita yg akan merana sendiri..kerana jarang lelaki yg dpt mengenalpasti maksud tersirat tindak tanduk wanita..andai mereka memahami pun..mereka lebih suka membiarkan sahaja krn ego lelaki terlalu tinggi.
Terlalu byk perbezaan lelaki dan wanita.. tapi kenapa masih ada perhubungan yg mampu bertahan sehingga nafas yg terakhir? Ini semuanya kerana CINTA.. kerana cinta lelaki dan wanita menyemai benih kesabaran dan tolak ansur..kemanisan akan bertambah apbila hadir bersama IMAN dan TAQWA..
Sabda Rasulullah lebih kurang berbunyi begini.."Sebaik2 lelaki adalah mereka yg memuliakan isteri mereka"
Dan Rasulullah juga ada menyebut "Sekira seorang manusia boleh menyembah manusia yg lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud pada suaminya".
Lihatlah..indahnya Islam..lelaki dan wanita diangkat martabat masing2..dari kedua2 pesan Nabi Muhammad s.a.w itu kita boleh simpulkan yg wanita mmg memerlukan kasih sayang dan jagaan lelaki yg bergelar suami.. dan para suami pula haruslah sentiasa dihormati oleh isteri2nya..
Jadi jom bersama2 kita menjadikan kehidupan lebih harmoni dan diberkati Allah..


Tuesday, February 25, 2014

Faizal Tahir... oh hensemnya..

Faizal Tahir... itulah feveret singer mama .
Dulu time belajar seboookk dok berangan nk kawin ngan Faizal..
Kelakar kan... tp biasa..darah muda..
Sambil isi masa terluang al-maklum la tak de pacar..

Dengan imej baru..lebih kemas..mantap bersama Vortex...
Harap sukses selalu...

Semoga bahagia selalu.. touching la pulopppp..

Perkara Yang Paling Ditakuti Seorang Isteri : Gagal dihubungi

Assalamualaikum...
Antara yg ditakuti oleh seorang isteri ialah apabila suami GAGAL DIHUBUNGI...
Fuhhhhh...mmg kusssss semangat kalau suami gagal dihubungi.. tp make sure ye gagal dihubungi utk masa yg agak lama ye..jgn la kalau tak boleh dlm 5 minit dah resah...dah nak pitam... tu bkn suami yg bermasalah tp kita...kikiki...
Kenapa wifey tension bila hubby tak angkat phone atau tak jwb what'sapp..tak reply fb messenger...????

  1. Pada peringkat awal iaitu dlm dua tiga percubaan pertama..wifey akan fikir may be hubby pergi tandas, ada client..jumpa boss
  2. Dlm 5 atau 10 cubaan call yg seterusnya..mungkin selepas setengah jam dr percubaan pertama..wifey mula pelik...mula rasa hubby bimbang keselamatan hubby...
  3. Dlm sejam lps tu cuba lagi...wifey akan mula fikir yg hubby ignore call..iyalah sibuk mcm mn tak kan tak terpandang miss call langsung...
  4. Lps 2 jam..belum berangkat lagi... mula la si wifey merangka possibilities yg mungkin terjadi...dan yg plg mengganggu minda...adakah suami keluar dgn orang lain????? #wanita lain...
  5. Lps berjam-jam masih belum dpt contact... si wifey mmg ada curiga tp dlm sama rasa bimbang kalau ada apa2 kecelakaan.. oh suamiku..di mana kau????
  6. Ermmm kalau dah 24 jam tak dapat jugak call..sila telefon polis ye..hah....yg tu mmg akan diangkat sbb diorang ada operator 24 jam ...
Kenapa seorang isteri takut?? Sebab sayang laaaa..hukhukhuk..

Para suami alert la..sesibuk mcm mn..ingat isterimu..tgk la telefon tu..beli mahal2 sbb nk guna bkn nk simpan... tak logik..if u are ok..u tak tgk langsung telefon..kecuali kalau mmg tak leh check langsung telefon..meeting panjaaaaanggg sgt... bgtau la dulu wifey..jgn ambil benda ni mudah dan remeh... suami yg baik takkan biarkan isteri bersedih...

Dannnnn pada para isteri.. peringatan utk mama sendiri...jgn sesekali terus MELENTING apabila suami mula membalas panggilan kita yg dah beratus kali tu.. bg masa dia explain dulu..dgr satu2.. mana tau kalau dia betul2 dlm kesusahan..jgn serang terussss... iyalah if suami mmg dilanda masalah..kita pulak terus melepaskn ledakan gunung berapi kat dia..down la dia...sedih la dia..BERDOSALAH KITA..
Tanya atau persoal hanya apabila penerangan yg diberi macam pelik..mcm ragu2..hehe..
Kalau masih boleh diterima akal... senyap.. senyum tanda mengiyakan..

Mesti akan ada yg tanya... eh kenapa senyap dan senyum??? Tak puas hati la mcm ni..Bagi mama takpe... kerana..
  1. Kalau suami kita bercakap benar, dia akan gembira krn isterinya begitu memahami
  2. Kalau suami kita menipu, dia akan merasa gundah sendiri melihat kita begitu tenang... dan percaya penipuan itu tidak lama.. akan terbongkar dgn izin Allah.. kita akan tahu atau suami termalu sendiri..
Jadi jom cuba kawal kemarahan..cuba byk bertenang.. suami suka sgt kalau isteri selamba dan percaya padanya..jadi cubalah..tp kalau suami terlalu ambil kesempatan dgn kemurahan hati kita... carilah jln dgn bijak.. berdoa byk2 pd Allah.. jika benar syg berusahalah utk mengekalkan kesejahteraan..
Wallahua'lam..

#ketika entry ini ditulis..papa yg tak reply fb messenger mama sejak pagi tadi..dah balas...Alhamdulillah tak hilang rupanya suami mama..hihihi..



Monday, February 24, 2014

Pesan Saidina Umar Al-Khattab

Assalamualaikum...
Alhamdulillah mama berpeluang tgk ceramah Ustaz Abdullah Khairi..walaupun hanya di youtube tp intipati ceramah sama saja... mama masih mampu mendengarnya...
Banyak nasihat dan peringatan yg dikongsi oleh ustaz..
Antara yg melekat di hati mama ialah cerita tentang kehebatan Saidina Umar yg memerintah suku dunia...tetapi masih mengekalkan kezuhudan...bersederhana..
Saidina hanya memiliki rumah yg kecil..kadang2 hanya tidur di bawah pokok tamar..hanya memiliki 2 helai baju..dan menunggang keldai...
Apabila diberitakan kpd beliau yg salah seorang gabenornya di Damsyik hidup bermewah dan diangkat menggunakan tandu utk bergerak.. Saidina Umar segera ke sana.. Apabila gabenornya iaitu Muawiyyah ternmpk kedatangan beliau.. Muawiyyah segera menukar pakaiannya dan meluru ke arahnya.. tanpa ditanya, Muawiyyah segera menceritakan perihal dirinya..menurutnya dia berpakaian mewah dan bergerak diusung krn ada wakil dari luar dtg ke Damsyik lalu dia menunjukkan kehebatan Islam..
Saidina Umar tidak berkata apa2 kecuali "berbuatlah apa saja yg kamu mahu di dunia ini, tp ingatlah setiap apa yg kamu lakukan akan ditanya oleh Allah di akhirat".
Muawiyyah terpana..lalu segera meletakkan pipinya ke pasir..dan berkata "sesungguhnya pasir ini lebih mulia drpdku".

Ya Allah kerdilnya diri ini.. besarnya tanggungjawab seorang pemimpin. Besarnya amanah Allah kpd setiap hamba-Nya..manfaatkanlah.. sesungguhnya setiap apa yg kita lakukan di muka bumi tidak akan terlepas satu pun daripada pertimbangan Allah...

Kita akan sentiasa diuji..Bentuk ujian ada banyak...tempuhilah kerana Allah Maha Mengetahui kadar bebanan yg mampu ditanggung oleh setiap hamba-Nya. Saidina Umar berjaya mengatasi ujian kuasa, harta dan pangkat.. Semoga kita akan dapat mewarisi sifat beliau..

Ada sedikit perkongsian tafsir Al-Quran.. Surah al-'Ankabut (ayat 2-7)

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[4]
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
[5]
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[6]
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
[7]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan – dengan sebaik-baik balasan.


Semoga kita dilindungi rahmat Allah... Yakinilah bahawa syurga Allah itu benar, neraka Allah itu benar..
Wallahu'alam..




Thursday, February 20, 2014

Kerugian dalam hidup...

Assalamualaikum..

Pagi ni sambil baca Quran, imbasan kekesalan yang banyaknya kerugian yang mama lakukan hadir lagi. Iyalah memang mama sudah mempraktikkan untuk membaca Quran setiap hari..harap tiada riak dihati mama.. mama sekadar ingin berkongsi kisah hidup sahaja. 

Kenapa mama rasa mama rugi? Mama rasa rugi kerana dah banyak mama bazirkan masa mama dengan perkara yang merugikan.. hidup mama tak ada banyak kisah atau aktiviti.. mama hanya menjalani kehidupan biasa dan tiada cabaran.. mungkin mama ni jenis risk adverse.. masa mama banyak dihabiskan dgn belajar, menonton tv, mendengar muzik, membaca novel, bekerja dan paling banyak dihabiskan untuk tidur. Iya... adalah buat juga benda lain..tp itulah majoriti aktiviti mama... Kehidupan mula berubah bila berumahtangga.. tanggungjawab mula hadir dalam diri.. tidur pun sudah dikurangkan.. tapi membaca al-Quran boleh dikira dgn jari dalam setahun...
Ya Allah kosongnya hidup mama...

Sepanjang remaja mama tak ada ujian sangat. Kesulitan memang ada tapi kebanyakannya masih boleh diselesaikan. Ramai yang datang membantu. Sepanjang persekolahan semuanya bagai diatur. Alhamdulillah menjadi antara pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan menengah rendah..cuma agak merosot ketika di menengah atas..mungkin setelah dikelilingi pelajar terbaik dari merata negeri, kehebatan sudah tercalar. Namun bila dikenangkan kembali, kemerosotan mama adalah kerana diri mama sendiri yang mengambil semuanya mudah.. kurang berusaha dan MALASSSSSSSSS. Ternyata mama terlepas peluang untuk menyerap aura hebat dari kawan2 yg hebat. Mama juga tidak memanfaatkan kehidupan yang mementingkan keislaman di sekolah tersebut. Mama memang melakukan semua suruhan Islam.. mama sembahyang..tak pernah tinggal.. mengaji al-Quran..berpuasa.. tapi mama tahu yg mama melakukan itu kerana itu yang dilakukan oleh orang Islam.sebagai rutin.Mama bukan melakukan semua itu dengan sepenuh jiwa.. dan keran itulah mama dalam kerugian. Ya Allah..ampunilah dosaku...

Dek kerana itu keputusan SPM tidak memberangsangkan bagi seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Hampa??? memang hampa.. di saat itu menatap wajah mek yang sudah tua meruntunkan jiwa.. Mengapa mama tak mampu memberi senyum ke bibir mek..
Namun masih belum ada benar2 kekurangan dlm hidup kerana mama berjaya juga memasuki universiti.
Mama meneruskan kehidupan sebagai pelajar universiti dgn tekad untuk membalas segala kekecewaan.. Namun graf kemajuan mama tidak sekata. mungkin kerana kelalaian dan keinginan untuk bersantai menguasai diri mama. Ya Allah.. mama mengulangi lagi kesilapan lalu.. mama mmg tidak gagal tapi mama tidak cemerlang.

Mama bersyukur mama berpeluang bekerja..walaupun tidak mempunyai gaji yang tinggi.. namun mama terasa sangat sedih kerana mama tidak mampu memberikan bantuan kepada mek yang sudah tua.. Mama memilih utk bekerja di negeri kelahiran kerana mengenangkan mek dan ayah yang sudah tua.. Namun mek dan ayah masih tersenyum dan memberikan semangat untuk mama.
Sekarang mama sedar yang ketika itu mama masih menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yg tipikal. Di saat itu mama terlalu ingin bekerja sejajar dengan kelayakan mama. Mama teringin menjadi seperti kawan2 yg berjaya memperoleh kerja yang bergaji besar. Malah ada kawan2 mama yg jauh lebih rendah keputusannya drpd mama berjaya. Malu??? Iya mmg malu. Mama tiada kemajuan. Rezeki belum ada..
Pembantu utama ialah arwah mek sendiri. Ayah pun banyak menbantu..

Mama mengenali papa..dan kami tak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Kami berjanji untuk menjalani hidup sederhana. Ma dan abah mentua menyuruh kami tinggal bersama mereka. Jadi kami tiada masalah mencari tempat tinggal. Malah ketika di alam rumahtangga pun masih mengharapkan bantuan keluarga. 
Sememangnya mama mencuba banyak cara untuk mengubah kehidupan. Fokus mama untuk kejayaan duniawi sahaja. Mama masih tidak menjiwai hidup untuk menjadi Islam sebenarnya. Walaupun mama tidak bergaji besar.. tidak berharta ..namun masih mampu bertahan..pada waktu itu mama merasa hidup mama ni tiada dugaan besar dan tiada nikmat besar..hanya biasa2.
Hidup mengikut mengikut arus sahaja.

Nikmat yang besar muncul apabila Musyreef dilahirkan.. Alhamdulillah...
Namun ujian besar melanda apabila mek kembali ke Rahmatullah. Separuh jiwa terbang bersama. Mama meratapi kepergian mek.. Namun al-Quran semakin hampir dgn mama kerana mama rasa itu antara yg mama boleh lakukan untuk arwah mek..mama tak dapat memberiken kesenangan dlm hidupnya.. jadi mama berharap mama masih mampu melakukan amalan mulia utk dihadiahkan kepada mek. Semoga sekecil mana pun kebaikan yang mama lakukan.. Allah akan menerimanya untuk diberikan kepada mek.. semoga dosa dan keaiban yang mama lakukan tidak akan sekalipun membebankan mek.
Namun jiwa mama masih belum kental untuk benar2 mengenali diri mama...

Sehinggalah mama diberi ujian baru2 ini.. maafkan mama kerana tidak dapat menyatakan di sini. tapi cukuplah mama menyatakan yang ujian itu bukan saja membuka mata malah membuka sedikit hati mama untuk berubah. Ujian yang mengubah persepsi mama terhadap cinta kepada Allah.

Syukur Ya Allah...Sesungguhnya Engkau masih menyayangi aku. Terima kasih kerana mengejutkan aku. Aku bersyukur kerana aku menjadi salah seorang insan yg terpilih untuk menerima ujianmu...Andainya ujian itu semakin mendekatkan akau dengan-Mu, aku redha dan aku bermohon terimalah taubatku.. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui kadar kemampuan diri aku..
Selepas diduga dgn sesuatu yg menyedihkan.. mama bagai meredhakan apa yg telah berlaku sepnajang hidup mama..jika dulu sentiasa risau dan keluh kesah kerana masih tidak memperolehi kejayaan dlm kerjaya..tapi sekarang mama lebih tenang.. mama akan terus berdoa dan yakin dengan nikmat Allah.. Nikmat Allah bukan hanya dari segi kebendaan. Nikmat Allah itu luas. 

Merenung kembali kehidupan dulu.. bukannya mama tidak diuji langsung cuma mama tidak begitu terasa kerana Allah segera menghadirkan insan untuk membantu mama. Dan pastinya sebenarnya Allah telah memberikan nikmat yang besar buat mama.. Allah telah memberikan ibubapa yang baik dan soleh.. kakak2 yg penyayang.. anak2 dan suami yg penyayang. cuma mungkin kerana nafsu yg tak pernah puas..mama tak nampak semua itu.. Mama tidak menganggap itu rahmat tp menganggap itu sebagai proses biasa. Nauzubillah..semoga mama tidak lagi berfikir begitu. 
Mama telah tersilap perhitungan dalam mensyukuri nikamat Allah.. Sebenarnya untuk mengajar erti bersyukur dalam hidup, kita perlu melihat mereka yg kurang bernasib baik dari kita.. barulah kita tahu erti nikmat.. Andainya kita terlalu ingin mengejar yg lebih hebat pada kita.. kita akan menjadi manusia yg bertuankan nafsu.

Sesungguhnya mama masih di permulaan..doakan semoga mama istiqomah...laluan di hadapan penuh ranjau.. pastinya ada lagi ujian yg bakal menyusur..Tabahkanlah hati mama....
Semoga ada sesuatu di dalam kisah hidup mama yg boleh membantu kalian... yg buruk jadikan sempadan..masih banyak lagi utk dikongsikan.. mungkin di lain kali...



#teringat kat arwah mek saya... Al-fatihah.....

Monday, February 17, 2014

Lelaki normal memang nak POLIGAMI!

Semua lelaki normal mmg nk berpoligami...secara jujurnya... kalau dia cakap tak nak ada laaaa tu something wrong somewhere...sama ada dia tipu sbb nk jaga hati pasangan..atau mmg dia tak ada kecenderungan pada wanita.... nauzubillah... lelaki2 kat luar sana mesti dok angguk kepala dah semuanya... tapi bagi lelaki yg waras...dan mereka masih kenal diri dan kemampuan mereka terpaksa melupakan impian mereka.. waras di situ bknnya bermaksud yg berpoligami tu tak waras...takkk ...
Jangan salah anggap ye....mama bkn apa-apa... bagi mama kalau mereka rasa mereka mampu ...teruskan...kalau rasa tak mampu...jgn paksa diri... sbb bukannya poligami tu wajib...
Jadi kewarasan tu penting dlm membuat keputusan... sbb dari satu keputusan byk stakeholders atau org2 yg turut merasai kesan drpd keputusan itu..
Mama hr ni bkn nk citer pasal poligami secara total sbb mama tak pandai eh sgt... mama kena belajar dulu...
Tapi mama nk kongsi luahan hato seorang lelaki yg terlalu ingin nk berpoligami...hihihi...
Hari2 dok post kat FB status yg menunjukkan kecenderungan itu...ada dlm bentuk sindiran, lagu, puisi hati...haha...kelakar pun ada.. tp status dia lebih kpd si idaman hati yg menolak utk dilamar... rupa2nya si gadis impian dah bagi hint untuk menolak... alahai...
Tapi mama kurang pasti bagaimana respon si isteri...mama rasa dia nk tunggu si gadis setuju...barulah dia nk membodek isterinya...
Tapi nmpknya agak sukar sbb si gadis asyik bg lampu merah...
Bila tgk status si lelaki ni mcm ni...ada gak lucu...ada jugak berdebar... ialah sbb geng2 dia asyik dok menyakat yg dia hanya mampu cakap je...buat takut...hihihi berdebar...mama jd takut wehhhhh sb dia kawan papa...huhu..sendu mama....
Tapi mama terfikir jugak.. ada tu lelaki yg dok gebang seluruh dunia nk kawin tp tak kawin2... yg senyap2 tak kata apa..tup..tup kawiiiiinnnnn... rezeki masing2..
Apa yg penting kena jujur pada dia.. sebab kita lebih kenal diri kita...tepuk dada tanya iman... jangan sesekali ketepikan agama dlm membuat perhitungan... ingat yg tersayang...

Sunday, February 16, 2014

Jam Biologi Tubuh Manusia

Pagi tadi baca satu lagi kisah artis yg susah nak bangun pagi..katanya dia cukup liat nak bangun pagi.. ermmm..sebenarnya masalah mcmni bukan terjadi kat golongan artis aje...
Cuma al-maklumlah artis public figure..so orang nmpk je apa yg dia buat..apatah lagi kes lambat bgn pagi sehingga menyusahkan orang lain...Kalau kita selalu aje lambat..seingga ganggu tugas pun..of coz la boss kita marah...cuma disebabkan kita ni nobody..wartawan tak kejar berita kita..ahhhh lantak kau lah...

Mama pun bukan suka sangat bagn pagi... mama rasa ramai yg macam tu.. tapi perlu bgn pagi..malah WAJIB...kerana SUBUH.. walaupun bgn pagi tu sesuatu yg tak syok... tp perlu juga kerana ada perkara yg wajib yg perlu dilakukan...Kalau zaman anak dara dulu.time cuti,...lps aje Subuh..ermmm tido balik... HEAVEN la konon... arwah mek selalu bising.. rezeki payah nak masuk kalau asyik tidur pagi...

Bila dah kahwin..dan lagi bila dah ada anak.. mmg pagi2 lagi dah bgn.. tp yg syoknya bangun utk Subuh..tp dah tak boleh tidur dah..walaupun hari cuti... kerana rasa rugi.. kalau tidur sah2 bgn pukul 9 atau 10 pg... byk dah kerja rumah yg dah boleh dibereskan time tu...

Nak bercerita pasal bangun pagi.. mama jarang kunci jam.. mama akan terjaga dgn sendirinya bila masuk waktu Subuh.. tapi kalau time first time terjaga tu..mama masih nak peram..ermmmm kesiangan la jawabnya...so bila sedar aje..kena terus bangkit...

Kenapa boleh terjaga tanpa perlu guna jam loceng??? ini petua yg mama pegang dr arwah mek... mek cakap dalam diri kita ni ada jam automatik...jika kita fikir nak bgn pukul berapa..kita yakin.. Insya-Allah kita akan terjaga.. jadi sebelum tidur tu sematkan dlm hati dan fikiran yg kita nak bgn Subuh.. Insya-Allah malaikat akan tolong kejutkan..tapiiii kena bgn terus...jgn pula bila dah sedar masih rasa nak rasa..eh kejap lagi la...lambat lagi la..sbbnya kalau berlarutan.. kita takkan dikejutkan lagi..sistem jam kita akan terganggu...

Wah... mek walaupun hanya bersekolah setakat darjah dua sekolah Melayu..mampu bagi statement mcm tu...dan bila dah besar ni..sememangnya apa yg mek ckp ada benarnya..dlm diri kita ada jam biologi...

Tubuh kita akan memprogram jam biologi kita mengikut kebiasaan kita... perasan tak kita akan merasa mengantuk dalam waktu yg lebih kurang sama saja setiap hari... seandainya kita tidak terus tidur..kita akan punya sedikit masalah utk lelapkan mata...

Mama ingat lagi time belajar dekat universiti dulu.. mama akan selalu tidur lewat dan bgn lewat.. jadi pada minggu pertama semester baru bermula, mama akan ada kesukaran utk tidur awal dan bgn awal utk ke kelas..ini kerana tubuh memerlukan masa utk memprogramkan semula aktiviti...
Korang pernah tak alaminya????? mesti pernah kan...

Jadi manfaatkan kurnia Allah... Allah dah hasilkan satu tindakbalas yg cukup indah dlm diri kita.. bagi mama cukup memalukan untuk seorang muslim memberitahu seluruh Malaya yg dia cukup liat bgn pagi...Bukan nak tuduh dia tak solat Subuh...tp statement dia tu menampakkan kelemahan Islam.. usahakanlah utk bgn pagi... Ingat nak solat Subuh...Insya-Allah mesti boleh bgn... Sesungguhnya orang kafir cukup takut andai orang Islam bgn pagi dan solat Subuh berjemaah kerana itu menunjukkan kekuatan iman orang Islam....

Bagi mama elakkan bangun pagi2 kerana nak pergi kerja menjadi matlamat utama... kerja satu ibadah tp Solat lebih wajib...kerana bimbang kalau kita terlalu mengagungkan kerja dan bimbang lewat ke tempat kerja yg menjadi penyebab bgn pagi, pada hari cuti kita akan bgn lewat pula...

Mama sekadar nak berkongsi..maaf kalau ada yg ingat mama nak menyombong ke apa... mama manusia biasa..ada masa terlalai... dan disaat itu mama mengharap ada tangan yg akan menghulurkan bantuan...
Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan..semoga niat suci kita akan diberkati Allah...

Menjaga anak syurga..

Assalamualaikum..

Kdg2 tercetus juga dlm minda mama ni...aihhh susahnya jaga anak2 ni... mcm2 kerenah..
Bila aje anak mengamuk..tak nak dgr kata... mama rasa nak maraaaaah sgggggt...
Bila dah marah2 kt anak2.. mulalah rasa menyesal..iyalah mereka fitrahnya tak tau apa2..apa yg mereka jd adalah kesan dr didikan dan cara hidup kita sbg ibubapa...
Pagi td adik2 ok je... Iqy tak mengamuk pun...tp abg Uyeeh pulak yg mengamuk...bangun2 terus ckp nk bawa makanan kat sekolah...ya Allah... mama rasa tertekan..satu krn geram tgk dia menangis sdgkan mama dah lewat... keduanya krn mama rasa teruknya mama tak sediakn sarapan pun..
Mama mmg tak sempat... Qysya nk menyusu aje...nk bgn pun jd lambat.. lagipun mereka kan dijamu di sekolah...
Mama cuba ckp baik2 tp dia terus menangis..
Dlm hati ni..Allah saja yg tahu mcm mn mama berdoa agar abg jgn terus buat mcm tu... mama tahu mama byk kesilapan...mama byk dosa... mama tak nak marah2 abg pagi2...
Bila mama tgk papa..mama tahu yg papa juga tahan amarah...mama bimbang juga takut papa ngamuk...
Mama yg tak dpt tahan ni terus aje cakap... "ok..mcm ni bang... makanan tak de mama tak sempat nk masak.. kalaulah sbb makanan ni abg nk mengamuk, tak pyh pergi sekolah.."
Ya Allah..apalah mama ni... teruknya mama...
Mama terus keluar dr bilik..bawa Qysya dan Iqy.. papa masih dlm bilik suruh abg Uyeeh mandi..
Bila aje sampai kat ruang tamu.. mama tinggalkan Qysya dgn Iqy.. mama segera dptkn Uyeeh..
"Ok..mcm ni..gulai semlm ada lg..kalau mama letak roti dan gulai dlm bekas..ok tak? Nnt abg bw pergi sekolah..nak tak?"
Dia angguk... mama pun bergegas ke dpr...
Papa pun ke ruang tamu..dan kedengaran suara papa mengucap pnjang....Qysya tumpahkn air Nescafe papa...yesssss... satu lg ujian...
Mama dah malas nk ckp byk..terus ke ruang tamu..lap2..letak bekas makanan abg...pergi ke kereta..mama dah lmbt...
Tiba2 aje abg Uyeeh..masih menangis.... Ya Allah..apalagi ni abang...
"Mama nak seringgit"...itu pula yg dipinta....sabar mama sabar.
Tanpa byk ckp mama kasi seringggit.. mama dah malas.... dan mama pun terus pandu kereta...
Dlm kereta menangis...
Ya Allah byk ujian dr Mu..aku redha...anak2 tak bersalah..aku yg berdosa...aku yg bersalah..ampuni dosaku Ya Allah..dan jadikanlah anak2ku... anak yg soleh dan berbakti pada jalanMu... andainya ujian ini dpt menghapuskn dosa silamku terhadapMu dan ibubapaku...aku redha Ya Allah...tabahkanlah hatiku ..hati suamiku....
Mama menangis...mama malu krn mama selalu saja memarahi ahli syurga..siapa lah mama yg byk dosa ini memarahi ahli syurga Allah...
Ya Allah ampunilah dosaku..
Anak2 mama ..mama akan cuba berubah dan menjadi yg terbaik... mana tak kan hampakan harapanmu anak2.. mama akan sahut amanah Allah untuk menjadi pelindung dan pembimbing kalian wahai anak2ku..
Sesungguhnya..kalian anak2 syurga..hadiah dr Allah buat mama dan papa..mama dan papa sayaaaanggggg abh Uyeeh...Iqy dan adik..
Maafkan ketidaksempurnaan mama dan papa...






Wednesday, February 12, 2014

Jatuh bagai nangka ...

Assalamualaikum...
Sesungguhnya semua hari adalah sama..tak de istilah hari yg malang atau hari yg bertuah..
Dan pada hari ini..hari Rabu..mama terjelepuk jatuh kat porch kereta...time dukung princess bersama handbag dan princess's bag..
Kejadian tu berlaku tiba2 aje... tp of course la sbg ibu kita sedaya upaya nk protect agar anak kita ok.. so dlm tergelincir jatuh...mama semakin pegang erat Qysya..
Look at the back..Iqy tgk pakai kasut..he looked so surprised.. huhuhu...
Dah la porch tu dekat sgt ngan jalan raya besar...
Tapi dek kerana dah lambat mama bgn ...ermmm kotor skirt mama... nk tukar tak sempat dah..
Qysya pun macam terkejut tgk mama slide kat situ.. mesti dia terfikir..kenapa la mama duduk kat sini...huhuhu..
Masuk aje dlm kereta mama pun borak dgn Iqy...

Mama: Iqy nmpk tak mama jatuh tadi
Iqy: Tak..
Mama: Tak?????

Tak nampak??? Iyalah sgt sayang oiiii..yg awak terkejut td apa???
Dan mama tau yg Iqy sengaja jawab mcm tu sbbnya lepas tu dia tersenyum..ermmm mungkin senyum sbb mama tanya soalan yg mama dah tau...ermmmm tak gentleman langsung..

Kesannya tak terasa sgt time bgn dr jatuh..tp kelenguhan dan kesakitan begitu terasa bila dah sampai opis...
Oooohhh...sakit urat melanda...mood pun reduce...
Tp mood mcm ok skit bila papa janji nk urut...ermmmm..thanks sayang...

Sakit2 still boleh selfie....


So...anggap aje ini ujian dr Allah.. Allah sayang kat kita sbb tu bagi ujian... semoga ujian kesakitan ini akan mengurangkan dosa kita...amiiinnnn

Tuesday, February 11, 2014

Pengantin Baru tolong jangan POYO!!!

Assalamulaikum...

Sebelum mama meluahkan apa yang terpendam dihati mama ni..mama nak ucapkan selamat pengantin baru kepada semua yg baru aje berkahwin..of coz la ramai yg kawin raya cina hari tu,kannnnn... ermmm teringat time kawin papa dulu..hikhikhik

After raya cina ada juga yg kawin... ada tu yang tak kisah cuti sekolah ke tidak...

Mama dan papa pergi la ke kenduri seseorang baru2 ni..
Actually pengantin buat majlis di rumah bapa saudaranya..
Mama dan papa cukup kenal dgn bapa saudara dgn mak saudaranya...

Bila kami sampai..pengantin tengah mkn.. so kami pergi la mkn dulu.. tuan rumah dtg dan menyapa kami..
Bila dah habis mkn, kami masih duduk di meja mkn. Tetiba pengantin lelaki pun keluar la dan menuju ke arah khemah tetamu.. mama ingatkan dia akan menyapa atau sekurang2nya senyum..tapi hampa..dia hanya berlalu ke meja buffet. Dan mkn tembikai.. dlm masa sama bersembang dgn sepupunya..
Mama masih berfikir positif..iyalah kan mungkin dia tak tgk kami langsung sbbnya dia dok asyik ckp dgn sepupunya..ok..tak pe...
Kemudian papa pun mengajak pulang..lps berjumpa dgn tuan rumah, kami pun keluar.. papa mendahului mama..mama lihat papa berjln beriringan dgn pengantin.. oooo kira dah bertegur la tu kot...
Papa pun masuk ke dlm kereta.. pengantin berdua tu dok bergurau senda berhampiran kereta .. mama berjalan melewati mereka..
Cuba mencari pandangan mata mereka...mereka hanya memandang sepi ke arah mama...dan mereka meneruskan acara usik-mengusik mereka...
Apa ni??????
Mama yg geram..terus mengomel kat papa....
"apalah pengantin tu tak langsung tak tegur tetamu.. senyum pun tak..."
"tu ar... adoiiii... budak2,"balas papa.
"Iya mmg mereka tak kenal kita...tp apa salahnya tegur ke... senyum pun dah cukup..kita ni meraikan mereka...oiiii tension...mama ni tunggu nk tegur diorang tp diorang buat derrkkkkkk jerrr.."

Mama mmg geram dgn pengantin tu..bagi mama kenal ke apa ke..tak penting.. sebagai pengantin..yg penting tetamu kena la dilayan.... mereka dtg nk meraikan kita... tolong la tunjuk penghargaan sedikit... korang kan nk melayari bahtera rumahtangga ..status pun dah berubah...so tolong ubah perangai..be matured.. jd lebih beradab.. tak rugi berbudi bahasa..





Anak oh Anak..

Assalamualaikum...

Pagi ni...macam biasa rutin masuk opis buka mukabuku (FB).. ermmm apalah mama ni...jgn tiru ye...hihihi..
Tengok home..adalah member share link pasal seorang bapa buat report polis kesnya anak dia tak dipukul oleh cikgu...ermmmm... kenapa dipukul???? sebabnya tak buat kerja sekolah...
Ermmmm...ish..ish...ish... terus malas nak baca lagi....

Bagi mama buang karan aje la baca laporan gitu... menaikkan darah dipagi hari...
Buat laporan pasal anak kena pukul sebab tak buat kerja sekolah sama la juga dengan buat public conference cerita keaiban anak kita kat orang....

Iya...semua ibu bapa akan sentiasa menjunjung nama anaknya...akan membela anaknya... tapi plisssss la... pilih la kategori yg sewajarnya utk bela anak... Tolonglah wahai ibu bapa yg budiman.. sayangkan anak bukan bermakna kita perlu bela dan angkat mereka setiap masa... Bagi mama sayangkan anak maksudnya kita kena bentuk, didik, tarbiah, pantau, kasihi, doakan dan sentiasa menyokong segala yg mendatang kebaikan dunia dan akhirat kpd mereka...

Tugas ibu bapa ni luas, universal dan ia mengikut keadaan dan situasi... ibu bapa perlu tahu bila, di mana, bagaimana untuk mereka menjalankan tugas... kalau nak ikutkan 24 jam kita bertugas utk Allah.. KENAPA mama cakap begitu??? sebab anak2 AMANAH dr ALLAH untuk kita...jika kita salah menjaganya...kita sebenarnya lalai dgn tanggungjawanb yg diamanahkan oleh ALLAH.

Kenapa kita sentiasa mengambil benda yang remeh dan dibesarkan?? benda yang besar kita tak perasan pulak... Sebagai contoh pasangan Malaysia yg ditahan di Sweden kerana dikatakan mengasari anak lelakinya lambat solat. Undang2 dunia di Sweden tetap mengatakan itu satu kesalahan yg besar..walaupun apa yg dilakukan oleh pasangan itu bertujuan utk mengajar syariat Islam kepada anaknya... Undang2 dunia ciptaan Barat telah menepis hak ibu bapa untuk mendidik... Apa yg boleh kita lakukan sebagai umat Islam..hanyalah berdoa agar Allah meletakkan pasangan itu dalam keadaan yg baik kerana berjihad dlm menegakkan hukum Allah...sengsara di dunia...bahagia di akhirat...

Jadi mama harap ibu bapa di Malaysia jadikan mereka contoh... janganlah terlalu  mendewakan anak2.. tengok dulu..kaji dulu... kalau setakat dipukul guru dalam konteks utk menolong kita mendidik anak2 kita menjadi semakin baik... usahlah cepat melenting... usahlah cepat nak buat report...usahlah sibuk nak buat press conference... usahlah tunjukkan aib sendiri... sesungguhnya Allah telah banyak sembunyikan aib kita..jadi kita kenalah pandai2 menjaga aib dan maruah kita...

Ekoran daripada membela anak membabi buta.. orang ramai pulak mencerca dan mengata bapa tersebut... aduh..kesian.. iyalah kan bila benda tersebar kat akhbar..kat FB...macam2 la komen yg keluar... kesian pulak kat ibu bapa dan pelajar tersebut.. itulah sebelum buat apa2 tindakan..fikirkan dengan jernih...
Salah seorang yg bagi komen tu cakap, dia merasa kesian kpd pelajar yang tak buat kerja sekolah tu sebab sudah semestinya nama dia akan sentiasa bermain di bibir guru2 dan kawan2 dekat sekolah... of coz la ada yg akan sindir nanti... Lihatlah daripada tindakan yg tak begitu praktikal daripada seorang bapa, kesannya akan semakin merebak..of coz la negatif lebih byk dr positif..

Bagi mama jika kita berdepan dengan kes begini:
  1. Siasat dan tanya kejadian yang sebenar dengan anak
  2. Jumpa guru yg berkenaan dan bincang secara berhemah tanpa melibatkan emosi yg tak baik
  3. Nasihat anak dengan baik.. elakkan menyalahkan guru atau mencerca guru di hadapan anak..ini kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan anak kita kita tidak akan hormat guru
  4. Fikirkan satu cerita atau situasi yg ringkas utk menggambarkan perbuatan anak kita.. selitkan kisah2 yang mempunyai teladan
  5. Bawa anak kita minta maaf dengan guru tersebut. Guru yang garang pun akan cair jika setiap pelajar berlembut dan mengakui kesilapan.
  6. Jangan sesekali abaikan anak...pantau aktiviti dan kerja sekolah anak
  7. Sentiasa berhubung dengan guru utk mengetahui aktiviti dan tahap pembelajaran anak kita di sekolah
  8. Sentiasa positif dan berfikiran terbuka
  9. Sentiasa mendoakan anak 
  10. Jadilah pendengar yg setia kepada anak2 
  11. Luangkan masa dengan mereka
Mama bukanlah mempunyai banyak pengalaman..itu hanya cetusan rasa.. sebagai ibu bapa di zaman yg mencabar ini..banyakkan ilmu keibubapaan.. bykkan solat dan berdoa.. buatlah dan jalankan amanah ALLAH dengan sebaik mungkin...selebihnya berserahlah kepada Allah..Jangan mudah putus asa... love you all....




Thursday, February 6, 2014

Berkorban apa saja...

Salam...
Hari ni mama telah up satu status kat FB tentang pengorbanan..

"Demi sebuah kebahagiaan..ada jiwa yang harus berkorban atau dikorbankan.."

Itu pandangan mama secara peribadi... setiap yg kita ingin kecapi pastinya menuntut usaha dan pengorbanan..
Dalam ini melihat anak berjaya ibu bapa berusaha bersungguh2 bekerja demi mencari sesuap nasi dan bekalan utk menuntut ilmi... ada yg sanggup bergadai nyawa di tengah lautan demi kasih sayang kepasa keluarga.
Semua orang mampu melakukan pengorbanan... seorang kanak2 berumur 6 tahun pun mampu melakukan pengorbanan.. kerana melihat adiknya terlalu menginginkan kek yg dimknnya..seorang abang sanggup memberikan kpd adiknya walaupun dia sendiri tidak sempat lagi menjamah kek tersebut.. mungkin kita yg dewasa menganggap itu sesuatu yg remeh tp sebenarnya ada makna besar di sebalik pemberian itu.. melihat adiknya mengukir senyuman..itu sudah membuatkan si abang gembira...

Pengorbanan perlu hadir dgn ikhlas dari hati.. Seorang yg rela untuk berkorban tidak akan pernah mengharapkan orang yang menerima pengorbanannya membalas, mengenang atau menghebohkan...malah dia lebih suka tiada siapa yg tahu...cukuplah hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Orang yang berkorban akan menanggung derita luka sendiri... melihat segala pengorbanannya berbaloi..itulah penyembuh luka..
Redhalah dengan setiap pengorbanan yg dilakukan.. bila hati kita rela utk berkorban..itu tandanya kita rela menghadapi ujian Allah.. ujian tanda Allah sayang...
Bukan semua bahagia milik kita... berdoalah agar kita beroleh kebahagian hakiki di syurga Allah...

Persoalannya adakah di kala mulut kita lancang mengatakan kita rela berkorban...adakah hati kita selari mengiyakan? Tepuk dada tanya iman...

Wednesday, February 5, 2014

Lotion Vaseline

Salam semua...
Hari panas je kat luar opis... kalau pandang matahari pun mmg silau...tp still rasa sejuk2 hawa udara... apatah lagi dok kat dalam opis ni ...ada aircond bagai...
Kulit pun jadi kering...actually bertambah kering..iya la kulit mama mmg kering..sob..sob..sob..
Frankly speaking..mama mmg menyesal sbb tak jaga sgt kecantikkan dulu..bukannya nak tujuan menunjuk ke apa...tp utk kepuasan...dan of coz utk suamiku tercinta...
Dulu time study mama bantai gelak je tgk member yg berkepit ngan losyen..kering kulit letak losyen..nk tidur sapu losyen...
Iyalah mama kan ganazzzzz...losyen ni lecehhhhh...
Tapi syg..skrg mama rasa nk hantuk kepala... rasa malu pulak kat papa..iyalah wifey dia ni kulit kasar
..kering.. mcm boleh buat tulis...maluuuu..
Mesti member mama yg suka sapu losyen tu ...suami ini sedap pegang..kikiki..
Bila dah tua ni baru nk menyesal..tp mama yakinkan pada diri yg tak ada istilah terlambat utk buat perubahan positif.. iya walaupun ianya hanya nmpk remeh... agendanya utk melembutkn kulit saja..tp di sebaliknya terkandung sesuatu yg besar... buat demi suami... itulah yg menjadikan kita lebih bersemangat...
Jadi sbb tgk iklan Vaseline mcm best..mama pun try le..hihi..
Mama beli Vaseline Healthy White.. ada anti-aging...kiki..n of coz bykkan sayur..
Fighting...hihi



Tuesday, February 4, 2014

GINO PIZZA is wonderful

Salam.....
Ini throwback ye...just wanna promote satu tempat makan yg best...kepada penggemar western terutama PIZZA...dan anda berada di Kelantan..
Gino Pizza is the best... yuppp mungkin anda nak tukar selera..asyik2 Pizza Hut kan...almaklum la kat Kelantan tak byk restoran pizza...
Bertempat di Kg Cherang ..sebaris ngan 7 Eleven dan Pizza Hut Delivery..kikiki

Dgr citer pemiliknya hntr sendiri anak dia pi belajar buat the real pizza kat New York...








Qysya suka sgt spegeti olio dia...ermmm

Selamat mencuba!!!

Lelaki bawa beg girlfriend...

Salam semua...

Selamat pagi.... apa kabar semua??
Hari ni mama nak story sesuatu yg mama lihat time pegi makan ngan papa...
Ceritanya mama tgk la satu couple yg makan sebelah kami.. seorang lelaki yg tough seorang perempuan yg sweet. Ikut judgement mama..kalau bukan pasangan kekasih..mesti new wed couple...
Alkisahnya bila aje selesai makan si lelaki tu bangkit la dari kerusi utk pergi membayar... dannnnnn OMG.. kenapa ini yg harus mama lihat???
Seorang lelaki yg tough ala2 baru keluar dr gym.. dgn baju fit kepit handbag pompuan... adussss....potong....potong...
Yang girl tu pulak rileks kat meja... tak buat apa2... why should his man pegang handbag tu???
Papa cakap..mungkin dia risau keselamatan... oohh bagi mama..since masih dlm kedai that girl masih boleh pegang bag tu... tahap security pun masih ok.. kalau kat tmpt ramai org atau time jln2 tu ok la jugak...
Hai macam2... papa ckp pakwe dia sayang lebih...ermmmm...

Ok..truly mama bukan against benda macam tu.. mama boleh terima lelaki tolong bawa beg tgn jikalau si wanita dukung anak sambil pimpin anak lagi... in case sometimes anak nak ngan ibu je..taknak ngan ayah dia...iyalah kan budak2 emosi berubah... atau si wanita tu sakit tgn ke...
Ok ....yg tu mama leh terima...
Bagi mama kalau anak tu ok..si suami dukung la anak... jgn nak kepit handbag isteri... then kalau setakat bimbit tu ok lg..ni siap kepit kat bahu...yg tu yg tak tahan tu.
Sori if ada yg marah ngan mama dan ckp mama tak patut la bring out this issue...tp mama still nak jugak bg opinion mama sbb bg mama mcm tak kena...
But it still my personal view...not heart feeling ok...
Mama sayang semua...

Sekadar hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan